Rabu, 16 Jun 2010

8 Keajaiban Dunia....

Hari ni aku rasa senang hati skit. Tak tau lar kenapa. Walhal report tak abis lagi. Aku pown agak-agak pelik dgn diri aku sbnarnya. Apa kejadah senang hati time problem banyak. Orang slalu jugak tanya aku, "awat ang nampak relax jar time ada msalah". Aku jawab, "dah tu kalu aku da problem, n then aku buat pening pala, bukannya problem aku bley settle cam tuu jar".
Ampa sokong dak dengan aku??

Aku ada membe sorang nie, muka ganas gila, badan ala-ala gangster, kalau setakat nak bertumbuk dia kata cakap jar kat mna. Satg aku sampai. Peeh ampa tgk berani tak berani. Ganas tuu. Tapi yang aku xbley blah dgn mamat nie rupanya jiwang gilar.

Aku ingat lagi, tie tuu pkul 3 pagi dia call aku. Dia cakap dia ada msalah. Aku kata nie mesti tak lain nie, mesti bab nak bergaduh punyalar. Tapi yang aku pelik,awat yang dia call aku. Takkan nak ajak bertumuk ajak aku. dah lar aku nie 'besar banyak' pada dia. Aku pon bkan tak berani, cuma mak aku tak bagi aku gaduh dengan orang. Peeh alasan xbley blah. Guna alasan mak.

Lepas tuu aku tanya dia, ada msalaha pa. Dia jawab,"Awek aku nak tinggalkan aku".Anak harun salim bachik btui lar. Lepas jar aku dengar dia punya masalah, aku rasa macam nak 'sepak cina jinjang' pown ada dengan membe aku nie. Macam pelax pown ada. Nak tumbuk laju-laju pown ada.

Nak di jadikan cerita, lepaas tuu kluaq plak crita "Adnan Sempit". Aku pegi tgk kat panggung dan aku rasa aku yang gelak paling kuat dalam tuu. Ampa mesti tengak kan crita tu. Part yang aku gelak gila babi dan babun masa scene Sam kata, "Walaupon muka saya nampak ganas, tapi dalam hati ada taman". Aku trus gelak gila babi punya. Aku gelak tringatkan membe aku tu. Bayangkan lar, muka pecah rumah, badan besar srupa dgn bruang, pastu dia cakap ayat cam tu. Memang aku gelak guling-guling lar.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sebenarnya tuu semua baru mukadimah untuk ari nie. Hahaha. Ari nie aku nak crita pasai keajaiban dunia.

Aku pasti ampa smua mesti taw dalam dunia nie ada 7 keajaiban dunia. Kalau tak tau tuu emang nak mampos lar. Bodoh. mak bapak antar pi skolah sruh blajar ampa pi ukur brapa luas skolah.
Pada hal, tak dak dlm sukatan blajar pon. Kecik-kecik tak mau mampoih,besaq-besaq menyusahkan aku nak crita blek kat ampa.

Kalau yang dah taw tuu sabaq jar lar. Baca jar kot-kot lar lupa. haha.

Kalau nak diikutkan dalam dunia nie kan ada 7 keajaiban dunia. Kalau ampa search google skali pown memang 7 ja.

nie gambar 7 keajaiban dunia

Aku malas nak tulis lar nak tulis nama-nama tempat tuu. Dah sakit jari-jari aku nie. Dah lar banyak lagi apa yang aku nak tulis.

Kalau ampa tengokkan, smua 7 keajaiban dunia nie smuanya dkat negara lain. Sebenarnya kat Malaysia nie ada keajaiban jugak. Memang ada. Kalau ampa tak percaya ampa mai kt Kedah, ampa pi kat Pantai Merdeka. Memang banyak universiti di Malaysia yang pi kaji kat situ.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, (nak harun dah macam wartawan dah!1cam pelax) sebenarnya membe aku yang dok kat sana bagitau pelajar-pelajar dari universiti mana ntah datang nak cari tempat yang menarik kat situ. Membe aku pown bagitau lar kat situ ada ada satu keajaiban yang paling hebat di dunia nie. Dia kata kalau kat dunia nia ada 7 keajaiban dunia, yang nie merupakan 8 keajaiban dunia.

Ampa boleh bayang dak muka sekoq-sekoq student-student tu. Mesti cuak pown ada. Muka pelik pon ada. Yang paling tak boleh blah buat-buat muka skema konon depa smuaa hebat lar sebab dari 'U' depa smua tau. Takkan orang kampung yang dok lepak kat kedai kopi tapi minum air 'nenen' (ampa jangan dok kuning..ayaq nenen tuu ayaq susu..aku tau ampa smua yang baca nie banyak yang otak kuning..ampa jgan dok 'kencing' aku lar..sama dengan jar aku..hahaha.tapi ampa jangan dok cuba try pi warung 'janda berhias' pi mintak..kalu dia buat smackdown ampa rasa lar ke'sedap'annya..tapi kalau dia bagi itu tandanya rezeki..rezeki jangan ditolak..tapi kalau dapat syer dengan kawan-kawan sama jangan dok 'tamak habola'..) boleh taw ada 8 keajaiban dunia. Depa mesti ingat yang pak cik tu 'kencing' depa.

Disebabkan ego budak-budak 'U' nie tak mau nak mengalah, depa cabar pak cik tu tunjuk 8 keajaiban dunia tu. Pak cik tuu kata tak dak masalah. Kalau depa nak tengok sangat depa kena lar belanjar pak cik tuu makan. Sebab pak cik tuu kata keajaiban tuu datang tak menentu masa. Silap-silap nak kena amik masa yang lama nak kena tunggu kejaiban tu sampai nanti lapaq plak. Disebabkan keinginan nak tau sangat depa sanggup blanja pak cik tu makan.

Pakcik tuu plak jenis memilih plak makan. Dia punya makan tak main lar nasi goreng. Pak cik nie makan chicken chop,lamp chop, chop stik pown pak cik tuu tibai. Mau garu pala budak-budak tu nak bayaq.

Dah settle makan, depa pown sruh pak cik tuu tunjuk. pak cik tuu bawak lar pi satu warung dekat tengah-tengah pekan. Pak cik tuu kata satg 8 keajaiban dunia tuu akan sampai. Budak-bdak 'U' tuu pown ready lar dgan camera laar apa bala. Yalar nak tgk 8 keajaiban dunia kot.

Pastu pak cik tuu pown kata keajaiban tuu dah sampai. Relax jar ada mamat mana ntah mai naik moto pastu parking depan warung. Dia buka jar helmet trus dia amik telepon dia ckap.

Pak cik tuu pown bagitau kat bdak-bdak 'U' tu, "Ampa smua tengok dia btui-btui. Mesti ampa terkejut. Ampa memang tak akan tengok benda nie kat mna-mana pown". Bdak-bdak 'U' nie pown kata, "Alar pak cik biasa lar orang ckap telepon".

Pak cik tuu balas balik, "Memang lar biasa. Tapi ampa tak pernah tengok punya yang nie. Kat mana-mana pown pown tak dak. Ampa tak rasa ajaib ka, mamat tuu bisu, tapi dia boleh ckap telepon. Mana ada kt tempat lain orang bisu boleh cakap telepon. Dia sorang jar. Sebab tuu yang nie 8 keajaiban dunia".

Ampa boleh bayang dak orang bisu trun jar dari moto trus amik nset pastu cakap. Pastu ampa bayangkan macamna dia cakap. Rilex jar mamat tu..hahaha..Bahasa apa yang dia pakai??Bdak-bdak 'U' tuu balik dengan ayat tuu jar. pakat smua kena 'kencing'.haha. Padan muka sekoq-sekoq tunjuk cerdik sgt. Padahal bodoh tak nak mengaku. Orang kata "bodo tak boleh diajar,cerdik tak boley nak tumpang".

Jadi kita rakyat malaysia patut berbangga yang negara kita juga mempunyai 'keajaiban dunia'.

***moral of the story ampa jgn dok igt yang ampa tuu dah pandai sgt kalau blajaq kt"u". Kena kencing serupa jar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan